Berita Harian [Malaysia], 27 dec 2005
Oleh Shaidah Shafie
TSUNAMI yang melanda Aceh, Indonesia, pada 26 Disember tahun lalu bukan saja mengorbankan ribuan nyawa manusia dan memusnahkan harta benda tetapi turut melumpuhkan kegiatan kesusasteraan di wilayah terbabit.
Kegiatan kesusasteraan di wilayah terbabit sehingga kini masih lesu meskipun sudah setahun tsunami berlalu dan sasterawan mereka seolah-olah kehilangan kata-kata selepas peristiwa ngeri terbabit.
Kelesuan dan kesusutan kegiatan sastera yang melanda wilayah terbabit diakui penggiat sastera dan budaya Aceh yang juga mantan Pensyarah Fakultas Adab, Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry (IAIN Ar-Raniry), Ameer Hamzah.
"Sebelum tsunami melanda, banyak tempat dan pusat kebudayaan yang mengadakan acara masing-masing seperti baca puisi tetapi selepas tsunami, kegiatan sastera seolah-olah lenyap dan tidak bermaya," katanya pada pertemuan dengan Sastera di Aceh sempena Dialog Nusantara IX, baru-baru ini.
Sastera diberitahu, ombak maut tsunami masih menjadi mimpi ngeri kalangan sasterawan negara itu kerana mereka turut kehilangan teman seperjuangan mereka, Sulaiman Daud, yang masih tidak ditemui sehingga hari ini.
Kehilangan Sulaiman memberi kesan mendalam di kalangan sasterawan negara itu kerana tempat beliau bertugas, Pusat Dokumentasi dan Informasi Aceh (PDIA), Nanggoroe Acheh Darussalam, turut mengalami kemusnahan teruk.
"Tidak ketinggalan PDIA yang menempatkan ribuan naskhah pelbagai genre turut mengalami kemusnahan teruk khususnya tingkat satu bangunan terbabit kerana terendam dengan air," katanya.
Peristiwa di luar jangkaan manusia pada pagi hari minggu itu berlaku ketika sesetengah penduduk di wilayah terbabit sedang membaca akhbar, membasuh kereta dan bersarapan bersama keluarga.
Amer mengakui kemusnahan bahan bahan bacaan dan rujukan di PDIA juga menyumbang kepada kepupusan sumber ilmu dan budaya di Aceh selain mengehadkan kegiatan seumpamanya.
"Meskipun ada bahan bacaan yang terselamat tetapi ia berbeza dengan dulu. Yang tinggal hanya koleksi di tingkat dua. Malahan, ribuan koleksi saya di rumah turut musnah," katanya yang pernah menimba pengalaman bekerja dengan Allahyarham Prof Ali Hasjmy.
Beliau berkata, ada beberapa usaha dilakukan penggiat tempatan untuk mengimarahkan kegiatan sastera setempat tetapi penggiatnya tidak mempunyai kekuatan dan masih perlu mengumpul lebih banyak anggota.
"Sempena setahun Aceh dilanda tsunami, pihak berwajib tempatan, budayawan dan penggiat seni turut berkumpul mengadakan acara ‘Renung’ iaitu merenung dan bermunajat. Yang pergi tetap pergi," katanya.
Bagaimanapun, wartawan akhbar Medan Bisnis, Abdul Rahim Qahhar, melihat ‘kiamat kecil’ itu berjaya mencetuskan fenomena berkarya berasakan tsunami dan percambahan idea hebat kepada pencipta seni di seluruh Indonesia.
"Jika sebelum peristiwa tsunami, orang berkarya tiga kali sebulan atau kurang tetapi selepas kejadian itu, kebanjiran karya di meja redaksi penerbitan bertambah tiga kali ganda dan sebahagian inti pati karya ialah tsunami," katanya.
Sastera diberitahu di Medan, puluhan antologi, kumpulan karya cerpen dan puisi berbaur tsunami diterbitkan dan ini termasuk beberapa karya sumbangan tokoh besar sastera Indonesia.
"Penyair besar Indonesia, Putu Wijaya, yang tidak pernah menghasilkan puisi seumur hidupnya, turut menghasilkan karya dalam genre ini lantaran penangan tsunami yang mencengkam duka seluruh mangsanya," kata Abdul Rahim yang juga penggerak teater di Medan.
Tidak ketinggalan, majalah Horizon yang luas edarannya di Indonesia, turut menerbitkan edisi khas tsunami dan dalam edisi berkenaan dimuatkan karya pelbagai genre mengenai tsunami.
Penulis kelahiran Aceh, Doel CP, juga mengambil inisiatif menerbitkan sendiri antologi puisi mengenai tsunami dengan biaya yayasan dari Jepun dan antologi terbabit diterjemahkan ke bahasa Jepun dan Inggeris.
Selain Doel CP dengan ideanya, majalah Horizon turut menerbitkan edisi khas yang memuatkankarya drama, puisi, cerpen dan esei mengenai tsunami bagi mengenang musibah yang wajar dijadikan pengajaran.
"Pada pandangan saya, penyair, penulis esei dan pemikir serta sarjana sastera semakin bertunas ideanya dengan musibah berkenaan. Saya juga menyaksikan pertambahan karya dalam dunia seni di Indonesia," katanya yang turut menghasilkan cerpen ‘Pernikahan Gelombang’ dan beberapa puisi.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar